Sabtu, 25 Februari 2017

JAMUAN PERPISAHAN

Walaupun sekadar jamuan yang kecil,kami semua (PRS) harap cikgu Khadijah rasa gembira dengan jamuan yang kami semua sediakan ini. Semoga cikgu Khadijah selamat pergi ke sekolah baru.Sentiasa menjadi guru yang terbaik,mengajar dalam keadaan yang baik dan menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.(23/2/2017 khamis)






Tugas, Etika Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan Matlamat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Tugas PRS

1)Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

2)Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

3)Sebagai model insan kepada pelajar lain.

4)Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.

5)Mematuhi etika kerahsiaan.

6)Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.

7)Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi maslah biasa/normal.

8)Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

9)Sumber kepada salah satu rakan untuk mendapat bantuan.

10)Meneriman rakan secara terbuka dan tanpa syarat.



Etika PRS

1)Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

2)Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

3)Tahu batasan dan keupayaan diri.

4)Melapor kepada guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.

5)Sentiasa berusaha nmeningkatkan diri dari pelbagai aspek.

6)Merujuk kes kepada guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa.

7)Amanah dan menyimpan rahsia.



Visi PRS



Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.





 Misi PRS


Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari segi aspek jasmani,emosi,rohani,intelek, dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.                                                          



Falasafah

"BANTU DIRI SENDIRI DAN BANTU ORANG LAIN"

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan,perlakuan,perhubungan,kemahiran,kreativiti dan keimanan supaya berupaya untuk membantu orang lain.




Objektif PRS

1)Memberi khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.

2)Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.

3)Membina pasukan PRS yang terlatih untuk embantu rakan dari segi akademik,perlakuan,emosi dan peribadi.



Matalamat PRS

1)Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.

2)Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada tuhan.

3)Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka,bertimbangrasa,rela,taat,menolng danberupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

4)Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktivit lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurang masalah salahlaku di kalangan pelajar. 






Maksud/Definisi dan Tujuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

                                      Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Program pembimbing rakan sebaya (PRS) adalah satu program untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan/pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental,sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat "pelajar membantu pelajar" merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.

 Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat dan menangani sesuat masalah.

Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelari Teknologi Maklumat,Pembelajaran Bestari,Cara Belajar,malah digunakan dalam kempen anti dadah.

Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pila dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.


Carta Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya 2017



Guru Penasihat

En. Mohd Syazrul Faiz B. Ab. Jabal


Pengerusi

Muhammad Adli B. Jalaluddin


Naib Pengerusi

Intan Iewanina Bt. Mohd Suhaimi


Setiausaha


Balqis Bt. Ridzuan



Naib Setiausaha


Muhammad Taufiq B. Ismail



Bendahari


Nur Syahmina Yusra Bt. Kamaruddin



Naib Bendahari


Muhammad Atiff B. Shaharudin



Biro 3K


*Mohammad Norsalim B. Mohd Jarkasi

*Nur Syuhada Bt. Jasmi


Biro Kerjaya


*Musliha Bt. Asmuni

*Siti Najwa Bt. Mohd Ahid


Biro Latihan


*Muhammad Hanis Akmal B. Nor Azman

*Anuar Naufal B. Bahari


Biro Multimedia


*Muhammad 'Arif Aiman B. Sanusi

*Balqis Batrisyia Bt. Mohd Sazali


Biro Publisiti


*Mohammad Adib Fikri B. Rosman



Biro AADK


*Amna Hawa Bt. Ishak

*Nurul Amal Ahlami Bt. Shuib